Sunday, June 11, 2017

Seven

Kereta itu meluru laju memasuki lebuhraya. Aku masih duduk bertemankan radio Era. Masih lagi bersahaja. Tiada kata. Tiada borak. Hanya bersuarakan radio.

"Kau nampak lain hari ni"
"Tak akan hari hari nak sama?"

Terus tiada jawapan. Sama ada aku salah jawab atau tika itu memang perbualan itu tidak patut tanya.

Satu butik yang memang hendak dituju. Seusai memarkir kereta, aku meluru keluar dan masuk ke dalam butik. Dia mengekori aku sambil hisap rokok. Aku biarkan saje.

Lama aku menunggu. Akhirnya dia masuk butik dan menemani aku mencari sehelai dua pakaian.

"Lawa tak?"
"Lawa. Tapi tak sesuai"

Aku masih berjalan lagi.

"Yang ni?"
"Haaa yang ini lawa"

Lantas aku capai saiz dan mencubanya di bilik persalinan. Aku gayakan depan dia sambil senyum gembira, sesudah itu, aku membayarnya.

Masih lagi berjalan dari butik ke butik. Aku tidak mengharapkan untuk membeli lagi tetapi sekadar mencuci mata untuk akan datang.

Waktu hampir dekat dengan berbuka. Tapi tangan masih kosong tiada juadah tiada mencari tempat untuk makan.

Tak lapar ke?

"Nak berbuka kat mana? Nak pergi bazar tak?"
"Pergi bazar dulu lah, nanti kita cari tempat makan"

Hanya mengikut perintah. Aku jalan di bazar hanya berbekalkan RM10 semoga ianya cukup. Tak nak beli lebih sebab nak makan benda lain. Hanya sekadar mengalas perut.

************************

"Berbulan weh aku tersadai takda kerja"
"Lepastu?"
"Tapi kau saje yang banyak bantu aku"
"Dan?"
"Kau tak rasa beban ke?"
"Tak lah. Aku harap kau tak lupa aku bila kau dah berjaya"
"InsyaAllah tak"

Makanan sampai. Hidangan kali ini unik. Tiada nasi. Tiada tomyam. Tiada telur. Hanya burger. Katanya sedap. Ye memang sedap.

Kami makan dengan berkongsi makanan yang di pesan. Aku burger lain, dia burger lain. Aku memang amalkan konsep taknak order makanan yang sama. Aku nak rasa. Dan dia seorang yang pasrah. 

**********************

"Nak pergi mana ni?"
"Jalan TAR boleh?"
"Bawa kereta ye?"
"Boleh, tapi tak takut ke?"
"Bawa saje lah"

Aku bawa kereta dan meluru ke Pusat Bandaraya. Kawasan di mana penuh dengan manusia. Banyak motor berkeliaran. 

Sampai di depan kedai, aku hanya berhentikan kenderaan dan aku keluar seorang sebab nak cepat. Dah malam. Hanya mencari sehelai kain. Aku mengharap kedai tu tak tutup.

15 minit berlalu.

Aku menghampir kereta dan melihat dia sedang tidur.

"Minta maaf lambat, tapi 15 minit saje"
"Lama juga. Dah jum makan"

Aku tak tahu perut dia perut apa. Masih lapar.

***********************

"Roti nan cheese satu dan milo ais 2"

Itu lah menu yang sering di makan di kedai mamak depan Sogo. Memang menjadi kegemaran kami. Aku mengamalkan konsep nak makan, makan. Tak payah tengok harga. Itu lah yang dia ajar pada aku saban hari.

Aku berkongsi roti nan cheese tersebut sebab masih kenyang dengan burger tadi berbuka.

Selesai makan,

"Nak pergi mana?"
"Jalan KLCC"

Hanya menurut saje apa yang aku minta. 

Itu lah hari yang dia menjadi seorang yang tidak mengejar masa dan boleh berjalan sehingga larut malam.

**********************

"Zati!!!! Bangun!!!! Kau tak reti nak bangun sahur ke?"

Semua itu mimpi ke??????

Aku capai telefon untuk tengok waktu.

70 misscall.
10 mesej.

Siapa ni?



Ouh dia.

Gila lah.