Sunday, June 11, 2017

Nine

"Roti canai dua bungkus"

Itu yang aku dengar dari tempat duduk. Perjalanan tidak jauh. Roti itu untuk aku yang lapar.

******************

"Dah kenyang"
"Buat perangai tak habiskan"

Itu lah perangai aku yang tak suka habiskan makanan. Terlalu kerap kena marah tapi hanya sia sia. Aku menangis.

"Habiskan, lepastu tidur"

Aku turutkan tapi tetap tak habis. Roti itu dibiarkan di bawah tudung saji untuk hidangan pagi esok.

******************

Tv dibuka. Cerita Mr Bean sedang ditayangkan. Aku tersandar di sofa akibat kekeyangan makan roti canai. Tiba tiba...

"Sayang. Boleh tidur tak?"

Aku menyahut dengan berkata sekejap lagi.

*******************

Manusia itu datang dengan muka marah. Pantang katanya siapa yang tidak dengar kata. Lantas dia menutup siaran dan suruh masuk bilik dan tidur.

Beralaskan lengan dan aku tidur. Itu bantal yang paling lena abad ini. Di buai mimpi sehingga pagi.

Kami subuh berjemaah.

*******************

"Hari ni kita pergi rumah mak ye?"
"Nak bawa apa?"
"Mak kata nak buat makan2"
"Baiklah"

Aku siap dengan pakaian abadi aku dan tudung bawal. Katanya dia suka lihat aku bertudung bawal. 

Kami gerak ke destinasi yang dituju. Perak.

*********************

Suasana cukup meriah. Di penuhi sanak saudara. Ada yang sedang makan. Sedang karaoke. Sedang bergosip. Sedang memanggang.

Aku?

Masih lagi sendiri dan cuba sedaya upaya untuk sesuaikan diri.

"Akak, jum makan"
"Akak dah makan dah. Pergi lah ambil makanan, makan kat sini"

Itu lah sebaris ayat pertama yang aku luahkan pada sedara yang bukan sebaya aku. Masih menuntut lagi.

Dia datang bawa makanan dan air. Bukan untuk seorang tetapi untuk di makan dua.

Aku masih baru di keluarga ini. Tidak kenal sesiapa lagi. Janggal.

Eight

Malam itu. Kau beri aku kunci kereta. Kau minta aku bawa.

"Betul kau tak risau aku bawa ni?"
"Iye. Cepat lah bawa"

Aku duduk di tempat pemandu. Betul kan apa yang patut. Cermin, kerusi dan segalanya.

Kata hati, malas lah betulkan. Sama saje.

Enjin kereta di hidupkan. Aku meluru laju keluar simpang.

"Satu benda kau perlu tahu tentang kereta ini, signal tak perlu di bayar. Free of charge"
"Kau perli aku ke?"
"Aku cuma ingatkan"

Masih di line kanan dan bawa seperti kereta itu milik aku.

"Kau tak rasa menyesal ke?"
"Tak. Seatbelt pakai"

Banyak kereta dah aku tinggalkan di belakang.

"Lagi sekali aku ingatkan, signal free"

Sejak itu, aku akan bagi signal walaupun kereta takda.

******************

Seusai makan di sebuah restoran, aku memandu kereta itu dari shah alam ke kuala lumpur.

"Bawa kereta elok2. Nak tidur"

Perangai pertama dah aku tunjuk dengan mengacau dia tidur.

"Jangan lah kacau. Bawa lah kereta"

Perangai kedua dah aku tunjuk dengan mengacau lagi.

Pemanduan dari laju ke pemanduan yang paling perlahan. Seterusnya kerusi dan posisi itu di betulkan. Aku berjaya kacau dia tidur.

"Kenapa ikut jalan jauh? Nak pergi mana?"
"Balik rumah la"
"Kenapa ikut jalan ini?"
"Ouh tak boleh eh. Nak kena patah balik ke shah alam ke?"

Gelak ketawa mula kedengaran.

*****************

Seperti biasa, singgah di kedai makan sebelum pulang walhal beberapa jam yang lepas sudah makan.

"Boleh tak kalau taknak makan?"

Memang perkara wajib untuk beritahu kalau taknak makan.

"Makan juga!"

Kerna terpaksa aku mengambil menu dan pesan makanan yang paling ringan. Milo dan roti.

Perbualan diteruskan seperti tiada hari esok. Malam makin larut. Manusia di kedai makin berkurang. Tayangan cerita di layar sudah bertukar ganti. Menguap berulang kali. Tapi masih tak balik lagi.

"Taknak balik ke? Ngantuk"
"Habis siapa nak teman aku?"

Perbualan di teruskan dan dia menonton cerita dan aku tertidur dengan nyenyak beralaskan lengan. Sehingga satu waktu, aku dikejutkan untuk beredar dan pergi berjalan.

"Seronok tidur?"
"Dah tu, cerita tu bosan kot"
'Tidur lah dulu"

Dan tidur di sambung dengan beralaskan bantal yang tersedia.

*****************

"Weh kat mana ni?"
"Tempat yang pernah kau cakap nak bawa aku datang"
"Kenapa datang sini?"
"Aku nak tunaikan impian yang aku baca kat buku kau tu"

Seven

Kereta itu meluru laju memasuki lebuhraya. Aku masih duduk bertemankan radio Era. Masih lagi bersahaja. Tiada kata. Tiada borak. Hanya bersuarakan radio.

"Kau nampak lain hari ni"
"Tak akan hari hari nak sama?"

Terus tiada jawapan. Sama ada aku salah jawab atau tika itu memang perbualan itu tidak patut tanya.

Satu butik yang memang hendak dituju. Seusai memarkir kereta, aku meluru keluar dan masuk ke dalam butik. Dia mengekori aku sambil hisap rokok. Aku biarkan saje.

Lama aku menunggu. Akhirnya dia masuk butik dan menemani aku mencari sehelai dua pakaian.

"Lawa tak?"
"Lawa. Tapi tak sesuai"

Aku masih berjalan lagi.

"Yang ni?"
"Haaa yang ini lawa"

Lantas aku capai saiz dan mencubanya di bilik persalinan. Aku gayakan depan dia sambil senyum gembira, sesudah itu, aku membayarnya.

Masih lagi berjalan dari butik ke butik. Aku tidak mengharapkan untuk membeli lagi tetapi sekadar mencuci mata untuk akan datang.

Waktu hampir dekat dengan berbuka. Tapi tangan masih kosong tiada juadah tiada mencari tempat untuk makan.

Tak lapar ke?

"Nak berbuka kat mana? Nak pergi bazar tak?"
"Pergi bazar dulu lah, nanti kita cari tempat makan"

Hanya mengikut perintah. Aku jalan di bazar hanya berbekalkan RM10 semoga ianya cukup. Tak nak beli lebih sebab nak makan benda lain. Hanya sekadar mengalas perut.

************************

"Berbulan weh aku tersadai takda kerja"
"Lepastu?"
"Tapi kau saje yang banyak bantu aku"
"Dan?"
"Kau tak rasa beban ke?"
"Tak lah. Aku harap kau tak lupa aku bila kau dah berjaya"
"InsyaAllah tak"

Makanan sampai. Hidangan kali ini unik. Tiada nasi. Tiada tomyam. Tiada telur. Hanya burger. Katanya sedap. Ye memang sedap.

Kami makan dengan berkongsi makanan yang di pesan. Aku burger lain, dia burger lain. Aku memang amalkan konsep taknak order makanan yang sama. Aku nak rasa. Dan dia seorang yang pasrah. 

**********************

"Nak pergi mana ni?"
"Jalan TAR boleh?"
"Bawa kereta ye?"
"Boleh, tapi tak takut ke?"
"Bawa saje lah"

Aku bawa kereta dan meluru ke Pusat Bandaraya. Kawasan di mana penuh dengan manusia. Banyak motor berkeliaran. 

Sampai di depan kedai, aku hanya berhentikan kenderaan dan aku keluar seorang sebab nak cepat. Dah malam. Hanya mencari sehelai kain. Aku mengharap kedai tu tak tutup.

15 minit berlalu.

Aku menghampir kereta dan melihat dia sedang tidur.

"Minta maaf lambat, tapi 15 minit saje"
"Lama juga. Dah jum makan"

Aku tak tahu perut dia perut apa. Masih lapar.

***********************

"Roti nan cheese satu dan milo ais 2"

Itu lah menu yang sering di makan di kedai mamak depan Sogo. Memang menjadi kegemaran kami. Aku mengamalkan konsep nak makan, makan. Tak payah tengok harga. Itu lah yang dia ajar pada aku saban hari.

Aku berkongsi roti nan cheese tersebut sebab masih kenyang dengan burger tadi berbuka.

Selesai makan,

"Nak pergi mana?"
"Jalan KLCC"

Hanya menurut saje apa yang aku minta. 

Itu lah hari yang dia menjadi seorang yang tidak mengejar masa dan boleh berjalan sehingga larut malam.

**********************

"Zati!!!! Bangun!!!! Kau tak reti nak bangun sahur ke?"

Semua itu mimpi ke??????

Aku capai telefon untuk tengok waktu.

70 misscall.
10 mesej.

Siapa ni?



Ouh dia.

Gila lah.

Random 12

"Sejak bila kau pandai bawa motor?"
"Kenapa?"


Satu masa nanti benda tu akan hilang dari situ. Aku cuma penjaga sementara sahaja. Aku tak pandai bawa motor walaupun pernah belajar dengan tuan kepala tu. Tapi berangan nak beli superbike.

Dan.

Kau akan lupakan dia?

Tidak.

Aku pegang kata kata dia.

Untuk apa?

Manusia kan pegang pada janji.

Friday, June 9, 2017

Six

Aku nampak dia dari jauh. Tengah main telefon. Aku jalan ke arah dia. Perbualan pertama "Hai"

Lama aku tak lihat kelibat dia. Mana agaknya dia selama ni. Muncul tetiba depan mata. 

Aku rindu kan mata kuyu itu.

"Kenapa kita macam ni?"

Lantas aku menukar soalan yang lebih spesifik. Tidak mahu di tokok tambah lagi. 

Tanya aku pada dia "lama tak jumpa, pergi mana"

Dengan sahaja dia jawab "kerja"

Lalu soalan sebentar tadi itu terus jadi tanda tanya yang tiada titik. Tiada siapa berani untuk menjawab. Kenapa?

Masa silam itu kan kenangan. Simpan saje.

Dia tanya "kau sudah ada peganti?"

Aku masih dengan acuh tak acuh menjawab. Bukan untuk mengelak, ada baik nya soalan itu tak berjawab. Tiada siapa yang akan aku guriskan hati nya.

Aku tekad untuk biar soalan itu bertanda '?'

***************

Lagi. Aku nampak dia. Bersama seorang perempuan. Tidak aku kenal. Tanya hati "Siapa dia ye?"

Tetapi soalan itu tiada jawapan.

Lantas aku capai telefon di dalam beg hadiah dari dia satu masa dulu. Masih cantik tergantung. 

"Hai, awak dengan siapa tu?"

Aku nampak dia capai telefon dari poket seluar selepas beberapa saat aku menghantar mesej tersebut. Terlihat dia mencari cari sesuatu. Aku? Sedang bersorok.

Mesej baru masuk. Katanya "kawan"

Telefon di simpan semula dan aku patah balik untuk tidak melalui jalan itu. Tiada sedih tiada guris. Aku masih senyum. 

******************

Siang berganti malam. 

*now i cant smile without you, cant smile without you....*

Telefon berbunyi. Nada dering itu pernah jadi buaian tidur aku suatu masa dulu. 

Lihat paparan. Hati berbisik "kenapa dia telefon ye"

Tiga kali deringan. 

"Assalamualaikum. Haaa kenapa?"
"Takda apa, saje. Buat apa?"

Perbuala makin panjang. Borak bersilih ganti ketawa.

kejadian tengah hari tadi bermain di fikiran tiba tiba.

"Pergi mana tadi siang?"
"Jalan KL dengan kawan"
"Tipu. Jalan sesorang kan?"

Aku menukar perbualan dengan tanya padanya khabar.

Baru tempoh hari kita berjumpa. Kenapa perlu ada ingatan sebegini?

Gila kah aku?

*******************

Sambung....