Monday, May 29, 2017

Winner


Pernah seseorang tanya,

"Kenapa kau buang gambar, kau delete kawan2 dalam instagram"

Sebab.

Aku tak perlukan mereka untuk ada kat dunia aku.

Same like, youre waiting for something you know wont happen.

Manusia punya macam ragam. Dia boleh ada kat macam2 pintu. Bila kata hati nak ke pintu A tapi diri berontak nak kat pintu B dan akhirnya otak nak ke pintu C tapi seorang  saje yang ubah dia, dia akan pergi ke pintu D. Kadang, dia tak ikut kehendak diri. Katanya, orang lain yang nampak kita dan nilai. Manusia.

Aku baru habis baca buku. Dan buku tu tulis.

"Aku akan bagi kau satu pelangi. Mungkin bukan sekarang tapi satu hari nanti" dan buku tu punyai puitis indah yang kau akan tersenyum seorang diri.

Dan bila tiba masanya, kau akan pergi jauh.

Sama macam impian yang kau cipta di dinding bilik. Yang kau akan tatap dan senyum dan berkata "aku akan buktikan" saban hari.

Mungkin mudah manusia berkata. Tapi mereka tak lalui apa yang kita rasa. Sama juga macam apa yang berlaku pada 15 bulan yang lepas. Kejayaan yang kau cipta hari ni seolah menang trofi emas. 

Jadi?

Aku biarkan saje apa yang manusia nak berkata.