Tuesday, May 30, 2017

Random 11

'Mana pergi cerita dalam blog kau?'
'Aku draft kan'

Aku tengah kembali ke zaman membaca. 

Seseorang yang aku terlalu ambil berat kan pasal dia, dah berjaya capai impian yang dia impikan. Capai angan angan yang dia angankan sejak dulu. Hari hari aku tanya sebelum dia dapat apa yang dia dapat hari ini.

'Nanti dah dapat kerja tu, lupa aku tak?'

Jawapanya sama.

Dan hari ini masih sama macam dulu. Kadang kadang aku rasa macam aku dah buat sesuatu yang sama masa aku kat tingkatan 5 dulu.

Aku ingat lagi ayat budak tu dalam blog dia;

'Sanggup kau buat kaum kau macam ini'

Masa tu aku tak nak kalah. Sorang cakap lain sorang tulis lain. Jadi aku guna kan kuasa seantaro untuk sakit kan kaum aku. Kejam kan.

Lama lama, aku rasa peperangan tu sia sia. Buat apa nak prejudis masa dengan benda remeh. Tu yang aku belajar.

"Dont miss your bored bf/gf" - Satu baris ayat yang aku dapat sebelum dia pergi belajar dan jauh kan diri dari aku yang masih sekolah.

Dan hujung tahun 2011 adalah hari yang aku rasa semua yang berlaku sepanjang 2011 tu ramai jadi watak sampingan dan berjaya judul kan sebuah drama adoptasi novel. Tahu kenapa?

Dia baca segala cerita dalam buku yang aku coretkan dan SMS yang kiteorang borak kan.