Sunday, April 23, 2017

Tercapai

'Aku takut aku jatuh'

Dan sekarang kau dah jatuh. Motor rosak. Visor pecah.

'Masa jatuh benda pertama aku tengok helmet'

Dan kau berjaya capai impian yang kau cerita kan dekat aku dulu. Tahniah 🎉🎊

Dengan helmet tu aku pernah langgar barang barang dengan tak sengaja. Lagi lagi kat kedai permainan. Dan aku akan belek setiap inci mana tau ada calar. 

Tapi hari ni dalam bilik atas meja, aku tenung sayu saje.

Helmet semut putih.

Tetibe teringat balik masa kau cerita nak sangat helmet semut putih tu dan masa kita pergi beli kat KL. Betul gembira.