Sunday, April 23, 2017

Tercapai

'Aku takut aku jatuh'

Dan sekarang kau dah jatuh. Motor rosak. Visor pecah.

'Masa jatuh benda pertama aku tengok helmet'

Dan kau berjaya capai impian yang kau cerita kan dekat aku dulu. Tahniah 🎉🎊

Dengan helmet tu aku pernah langgar barang barang dengan tak sengaja. Lagi lagi kat kedai permainan. Dan aku akan belek setiap inci mana tau ada calar. 

Tapi hari ni dalam bilik atas meja, aku tenung sayu saje.

Helmet semut putih.

Tetibe teringat balik masa kau cerita nak sangat helmet semut putih tu dan masa kita pergi beli kat KL. Betul gembira.

Monday, April 17, 2017

Thoughts 19:19

Sekarang ni aku tengah duduk tunggu seseorang sambil ditemani hujan dan sel sel otak sedang aktif berhubung.

Semua orang ada masalah dalam hidup. Dulu aku kuat bersedih kalau masalah datang. Aku salah kan diri aku salah kan semua yang ada kat keliling aku.

Aku tertanya tanya dengan diri bila aku nak gembira. Bila masalah ni nak hapus. Bila aku fikir balik apa yang aku buat dulu sebenarnya banyak ajar aku macam2 perkara.

Tengok lah aku sekarang. Masih lagi ketawa walaupun kiri kanan depan belakang semua hentam kehidupan aku. Semua tunding jari dengan apa yang aku buat.

"Anggaplah cabaran yang datang hari ni permainan yang gembirakan kau bukan bagi kau tekanan sampai kau salah kan kehidupan orang"

Ya. Itu jawapan yang aku letak dekat diri aku.

Everthing thats happening to you, is whats supposed to be happening to you. So just relax - Chris Martin 😉

So enjoy your life now, this is not rehearsal.
Start being happy.

Sunday, April 16, 2017

Thoughts 15:49

Aku bukak laptop dan mencari folder bertajuk Novel.

Rangka yang lama aku simpan dan tak berjudul.

Hari ni, aku ingat nak tatih tangan dan minda ini kembali.

Ternyata itu semua tiada makna.

Kerana,

Aku masih duduk minum milo sambil perhati sekeliling.

Banyak nya manusia bertopeng.

Huh

Wednesday, April 12, 2017

Perasan


'Muka aku sama macam Marques tak?'
'Apa yang sama? Tak sama langsung'
'Hensem oo dia ni. Aku yang lelaki cakap dia hensem'
'Hensem. Senyuman dia menawan'

Dan sambung scroll IG.

Cakap lah beribu kali tak akan sama.

😂

Thought 22:24


 Kiri dengki. Kanan lawan.
Belakang dendam. Depan belakon.

Jaga jaga, Dunia sekarang 🌏


Sunday, April 9, 2017

Tabiat,

Petang tadi,

'Apa benda yang kau buat dalam bilik petang tadi?'
'Banyak benda, siapkan baju, lipat baju, susun beg, kemas tudung'
'Tapi bilik bersepah gak'

Ntah lah, hari hari kemas bilik.

Kemas beg. Kemas kasut. Kemas tudung. Kemas baju. Kemas makeup. Kemas bantal dan patung. Kemas buku. Kemas kain kain cotton. Semua dalam satu bilik. Tapi itulah,

Segala galanya kemas dan teratur. Sampai dah bertukar tempat.

Dah terlalu kerap mengemas. Sampai bosan.

Rasa nak bukak booth nak jual semua nya, tapi sayang.

Rasanya bilik mak abah tu patut jadi bilik kak ngah kot.

😂

Saturday, April 8, 2017

Good Luck !

'Kenapa aku tak dapat apa aku nak?'
'Sebab Tuhan sayangkan kau, dia nak kau usaha lagi'

Dulu aku pun macam kau. Jatuh terduduk.
Tapi aku ingat satu ayat ini...

"Kalau kau dah hidupkan niat tu, gerak lah sampai kau jumpa garisan penamat. Orang yang putus asa ini orang yang rugi"

Dan banyak benda yang buat aku nak patah balik. Tapi penat kot nak kayuh balik padahal lagi berapa tapak saje nak ke penamat.

Macam yang aku pernah cakap.

'Kau dah mula tapi kau tak habiskan. Macam mana nak berjaya?'

Dan yang selalu kau kata;

"Biasalah tu kadang hidup ini kat bawah kadang kat atas"

Padahal takda kaitan pun dengan situasi kita masa tu.

Saturday, April 1, 2017

Kiasan

Penipuan yang paling maha dasyat yang aku perhatikan hari ini adalah penipuan untuk menjaga pihak lain biar hatinya tak terluka.