Wednesday, March 29, 2017

Buku

'Aikk tidur dah ke?'
'Yelah, dah takda buku nak baca'
'Hahaha dah pergi tidur sekarang'

Haaa rindunya nak beli dan baca buku.

😵

Saturday, March 25, 2017

Sinopsis pada 21.49

'Selama ni dia tak tau lah yang kau jumpa aku?'
'Tak tahu'
'Sampai bila kau nak tipu semua orang dalam hidup kau?'
'Sampai bila bila'

Kau boleh tipu beribu orang. Tapi dalam beribu tu akan ada yang terasa hati bila tau. Sebab apa? Sebab sayang.

Manusia bro.

Bill

'Asal follow semua kawan kawan aku?'
'Saje, takut ke?'
'Buat apa nak takut'
'Kenapa dah ada makwe baru dah ke?'
'Hahahahaha'
'Kalau nak ada makwe pastikan bukan yang aku kenal'

Makan dan sambung tengok youtube.

Tiba tiba

Your datapool blablablabla.

Belum bulan 4 lagi data dah habis.

Aku harap kali ni bill telefon tak melambung lagi.

Bayang


Kenapa korang tak hargai apa yang aku buat?









Tak bagi aku happy macam mana aku buat korang happy?









Sebenarnya korang nampak aku ke tak?

Thursday, March 23, 2017

momma


bila kau ada adik yang lain mak ayah tetiba kenal dari facebook turun ke blog lepastu jumpa setelah bertahun tahun punya rancangan. tadaaaaa~

plan ye nak pergi makan tapi tetiba tayar booom !

tapi terima kasih kepada cina kedai sebab memahami kami tak pandai apa pasal tayar.

dan terima kasih juga kepada lelaki tu sebab membantu walaupun kau ada majlis malam tu.

tapi tu lah plan tetiba kan. biasanya menjadi tetiba menjadi sekejap. tapi peduli apa, dah tau rumah boleh ah datang lagi lepas ini. kekekeke

betul ah kata kau.

"boleh tak lu bawa kereta hati-hati?"

tu pasal tayar meletup tu.

berapa tayar dah meletup kat rumah ini.

Novel

'Boleh tak nak cakap sesuatu?'
'Haa apa dia?'
'SESUATU'

Sekali kena hempok dengan bantal.

'Ingat lawak ke'

Friday, March 10, 2017

Kehadapan saudari --

Tengah berborak dalam telefon.

'Kau nak kahwin dah weh. Siapa nak dengar bedtime story aku lepasni'

'Kau bedtime story lah dengan orang tu'

'Taknak. Dia tak akan panggil aku gila macam kau. Paling tidak dia jawab dah zati jangan merepek'

'Aku tau lepas tu mesti dia suruh kau tidur kan?'

'Tahu pun'

Besok hari terakhir kau jadi bujang tratangtang. 

Jangan lah kau ulang perangai lama kau tu. Tunjuk baik sikit depan suami. Jangan berjoget pulak.

Lepasni otp 2 3 jam dah tak wujud melainkan kau kesepian. 

Kahkahkahkah

Selamat Pengantin Baru.