Sunday, June 11, 2017

Nine

"Roti canai dua bungkus"

Itu yang aku dengar dari tempat duduk. Perjalanan tidak jauh. Roti itu untuk aku yang lapar.

******************

"Dah kenyang"
"Buat perangai tak habiskan"

Itu lah perangai aku yang tak suka habiskan makanan. Terlalu kerap kena marah tapi hanya sia sia. Aku menangis.

"Habiskan, lepastu tidur"

Aku turutkan tapi tetap tak habis. Roti itu dibiarkan di bawah tudung saji untuk hidangan pagi esok.

******************

Tv dibuka. Cerita Mr Bean sedang ditayangkan. Aku tersandar di sofa akibat kekeyangan makan roti canai. Tiba tiba...

"Sayang. Boleh tidur tak?"

Aku menyahut dengan berkata sekejap lagi.

*******************

Manusia itu datang dengan muka marah. Pantang katanya siapa yang tidak dengar kata. Lantas dia menutup siaran dan suruh masuk bilik dan tidur.

Beralaskan lengan dan aku tidur. Itu bantal yang paling lena abad ini. Di buai mimpi sehingga pagi.

Kami subuh berjemaah.

*******************

"Hari ni kita pergi rumah mak ye?"
"Nak bawa apa?"
"Mak kata nak buat makan2"
"Baiklah"

Aku siap dengan pakaian abadi aku dan tudung bawal. Katanya dia suka lihat aku bertudung bawal. 

Kami gerak ke destinasi yang dituju. Perak.

*********************

Suasana cukup meriah. Di penuhi sanak saudara. Ada yang sedang makan. Sedang karaoke. Sedang bergosip. Sedang memanggang.

Aku?

Masih lagi sendiri dan cuba sedaya upaya untuk sesuaikan diri.

"Akak, jum makan"
"Akak dah makan dah. Pergi lah ambil makanan, makan kat sini"

Itu lah sebaris ayat pertama yang aku luahkan pada sedara yang bukan sebaya aku. Masih menuntut lagi.

Dia datang bawa makanan dan air. Bukan untuk seorang tetapi untuk di makan dua.

Aku masih baru di keluarga ini. Tidak kenal sesiapa lagi. Janggal.

Eight

Malam itu. Kau beri aku kunci kereta. Kau minta aku bawa.

"Betul kau tak risau aku bawa ni?"
"Iye. Cepat lah bawa"

Aku duduk di tempat pemandu. Betul kan apa yang patut. Cermin, kerusi dan segalanya.

Kata hati, malas lah betulkan. Sama saje.

Enjin kereta di hidupkan. Aku meluru laju keluar simpang.

"Satu benda kau perlu tahu tentang kereta ini, signal tak perlu di bayar. Free of charge"
"Kau perli aku ke?"
"Aku cuma ingatkan"

Masih di line kanan dan bawa seperti kereta itu milik aku.

"Kau tak rasa menyesal ke?"
"Tak. Seatbelt pakai"

Banyak kereta dah aku tinggalkan di belakang.

"Lagi sekali aku ingatkan, signal free"

Sejak itu, aku akan bagi signal walaupun kereta takda.

******************

Seusai makan di sebuah restoran, aku memandu kereta itu dari shah alam ke kuala lumpur.

"Bawa kereta elok2. Nak tidur"

Perangai pertama dah aku tunjuk dengan mengacau dia tidur.

"Jangan lah kacau. Bawa lah kereta"

Perangai kedua dah aku tunjuk dengan mengacau lagi.

Pemanduan dari laju ke pemanduan yang paling perlahan. Seterusnya kerusi dan posisi itu di betulkan. Aku berjaya kacau dia tidur.

"Kenapa ikut jalan jauh? Nak pergi mana?"
"Balik rumah la"
"Kenapa ikut jalan ini?"
"Ouh tak boleh eh. Nak kena patah balik ke shah alam ke?"

Gelak ketawa mula kedengaran.

*****************

Seperti biasa, singgah di kedai makan sebelum pulang walhal beberapa jam yang lepas sudah makan.

"Boleh tak kalau taknak makan?"

Memang perkara wajib untuk beritahu kalau taknak makan.

"Makan juga!"

Kerna terpaksa aku mengambil menu dan pesan makanan yang paling ringan. Milo dan roti.

Perbualan diteruskan seperti tiada hari esok. Malam makin larut. Manusia di kedai makin berkurang. Tayangan cerita di layar sudah bertukar ganti. Menguap berulang kali. Tapi masih tak balik lagi.

"Taknak balik ke? Ngantuk"
"Habis siapa nak teman aku?"

Perbualan di teruskan dan dia menonton cerita dan aku tertidur dengan nyenyak beralaskan lengan. Sehingga satu waktu, aku dikejutkan untuk beredar dan pergi berjalan.

"Seronok tidur?"
"Dah tu, cerita tu bosan kot"
'Tidur lah dulu"

Dan tidur di sambung dengan beralaskan bantal yang tersedia.

*****************

"Weh kat mana ni?"
"Tempat yang pernah kau cakap nak bawa aku datang"
"Kenapa datang sini?"
"Aku nak tunaikan impian yang aku baca kat buku kau tu"

Seven

Kereta itu meluru laju memasuki lebuhraya. Aku masih duduk bertemankan radio Era. Masih lagi bersahaja. Tiada kata. Tiada borak. Hanya bersuarakan radio.

"Kau nampak lain hari ni"
"Tak akan hari hari nak sama?"

Terus tiada jawapan. Sama ada aku salah jawab atau tika itu memang perbualan itu tidak patut tanya.

Satu butik yang memang hendak dituju. Seusai memarkir kereta, aku meluru keluar dan masuk ke dalam butik. Dia mengekori aku sambil hisap rokok. Aku biarkan saje.

Lama aku menunggu. Akhirnya dia masuk butik dan menemani aku mencari sehelai dua pakaian.

"Lawa tak?"
"Lawa. Tapi tak sesuai"

Aku masih berjalan lagi.

"Yang ni?"
"Haaa yang ini lawa"

Lantas aku capai saiz dan mencubanya di bilik persalinan. Aku gayakan depan dia sambil senyum gembira, sesudah itu, aku membayarnya.

Masih lagi berjalan dari butik ke butik. Aku tidak mengharapkan untuk membeli lagi tetapi sekadar mencuci mata untuk akan datang.

Waktu hampir dekat dengan berbuka. Tapi tangan masih kosong tiada juadah tiada mencari tempat untuk makan.

Tak lapar ke?

"Nak berbuka kat mana? Nak pergi bazar tak?"
"Pergi bazar dulu lah, nanti kita cari tempat makan"

Hanya mengikut perintah. Aku jalan di bazar hanya berbekalkan RM10 semoga ianya cukup. Tak nak beli lebih sebab nak makan benda lain. Hanya sekadar mengalas perut.

************************

"Berbulan weh aku tersadai takda kerja"
"Lepastu?"
"Tapi kau saje yang banyak bantu aku"
"Dan?"
"Kau tak rasa beban ke?"
"Tak lah. Aku harap kau tak lupa aku bila kau dah berjaya"
"InsyaAllah tak"

Makanan sampai. Hidangan kali ini unik. Tiada nasi. Tiada tomyam. Tiada telur. Hanya burger. Katanya sedap. Ye memang sedap.

Kami makan dengan berkongsi makanan yang di pesan. Aku burger lain, dia burger lain. Aku memang amalkan konsep taknak order makanan yang sama. Aku nak rasa. Dan dia seorang yang pasrah. 

**********************

"Nak pergi mana ni?"
"Jalan TAR boleh?"
"Bawa kereta ye?"
"Boleh, tapi tak takut ke?"
"Bawa saje lah"

Aku bawa kereta dan meluru ke Pusat Bandaraya. Kawasan di mana penuh dengan manusia. Banyak motor berkeliaran. 

Sampai di depan kedai, aku hanya berhentikan kenderaan dan aku keluar seorang sebab nak cepat. Dah malam. Hanya mencari sehelai kain. Aku mengharap kedai tu tak tutup.

15 minit berlalu.

Aku menghampir kereta dan melihat dia sedang tidur.

"Minta maaf lambat, tapi 15 minit saje"
"Lama juga. Dah jum makan"

Aku tak tahu perut dia perut apa. Masih lapar.

***********************

"Roti nan cheese satu dan milo ais 2"

Itu lah menu yang sering di makan di kedai mamak depan Sogo. Memang menjadi kegemaran kami. Aku mengamalkan konsep nak makan, makan. Tak payah tengok harga. Itu lah yang dia ajar pada aku saban hari.

Aku berkongsi roti nan cheese tersebut sebab masih kenyang dengan burger tadi berbuka.

Selesai makan,

"Nak pergi mana?"
"Jalan KLCC"

Hanya menurut saje apa yang aku minta. 

Itu lah hari yang dia menjadi seorang yang tidak mengejar masa dan boleh berjalan sehingga larut malam.

**********************

"Zati!!!! Bangun!!!! Kau tak reti nak bangun sahur ke?"

Semua itu mimpi ke??????

Aku capai telefon untuk tengok waktu.

70 misscall.
10 mesej.

Siapa ni?



Ouh dia.

Gila lah.

Random 12

"Sejak bila kau pandai bawa motor?"
"Kenapa?"


Satu masa nanti benda tu akan hilang dari situ. Aku cuma penjaga sementara sahaja. Aku tak pandai bawa motor walaupun pernah belajar dengan tuan kepala tu. Tapi berangan nak beli superbike.

Dan.

Kau akan lupakan dia?

Tidak.

Aku pegang kata kata dia.

Untuk apa?

Manusia kan pegang pada janji.

Friday, June 9, 2017

Six

Aku nampak dia dari jauh. Tengah main telefon. Aku jalan ke arah dia. Perbualan pertama "Hai"

Lama aku tak lihat kelibat dia. Mana agaknya dia selama ni. Muncul tetiba depan mata. 

Aku rindu kan mata kuyu itu.

"Kenapa kita macam ni?"

Lantas aku menukar soalan yang lebih spesifik. Tidak mahu di tokok tambah lagi. 

Tanya aku pada dia "lama tak jumpa, pergi mana"

Dengan sahaja dia jawab "kerja"

Lalu soalan sebentar tadi itu terus jadi tanda tanya yang tiada titik. Tiada siapa berani untuk menjawab. Kenapa?

Masa silam itu kan kenangan. Simpan saje.

Dia tanya "kau sudah ada peganti?"

Aku masih dengan acuh tak acuh menjawab. Bukan untuk mengelak, ada baik nya soalan itu tak berjawab. Tiada siapa yang akan aku guriskan hati nya.

Aku tekad untuk biar soalan itu bertanda '?'

***************

Lagi. Aku nampak dia. Bersama seorang perempuan. Tidak aku kenal. Tanya hati "Siapa dia ye?"

Tetapi soalan itu tiada jawapan.

Lantas aku capai telefon di dalam beg hadiah dari dia satu masa dulu. Masih cantik tergantung. 

"Hai, awak dengan siapa tu?"

Aku nampak dia capai telefon dari poket seluar selepas beberapa saat aku menghantar mesej tersebut. Terlihat dia mencari cari sesuatu. Aku? Sedang bersorok.

Mesej baru masuk. Katanya "kawan"

Telefon di simpan semula dan aku patah balik untuk tidak melalui jalan itu. Tiada sedih tiada guris. Aku masih senyum. 

******************

Siang berganti malam. 

*now i cant smile without you, cant smile without you....*

Telefon berbunyi. Nada dering itu pernah jadi buaian tidur aku suatu masa dulu. 

Lihat paparan. Hati berbisik "kenapa dia telefon ye"

Tiga kali deringan. 

"Assalamualaikum. Haaa kenapa?"
"Takda apa, saje. Buat apa?"

Perbuala makin panjang. Borak bersilih ganti ketawa.

kejadian tengah hari tadi bermain di fikiran tiba tiba.

"Pergi mana tadi siang?"
"Jalan KL dengan kawan"
"Tipu. Jalan sesorang kan?"

Aku menukar perbualan dengan tanya padanya khabar.

Baru tempoh hari kita berjumpa. Kenapa perlu ada ingatan sebegini?

Gila kah aku?

*******************

Sambung....

Tuesday, May 30, 2017

Random 11

'Mana pergi cerita dalam blog kau?'
'Aku draft kan'

Aku tengah kembali ke zaman membaca. 

Seseorang yang aku terlalu ambil berat kan pasal dia, dah berjaya capai impian yang dia impikan. Capai angan angan yang dia angankan sejak dulu. Hari hari aku tanya sebelum dia dapat apa yang dia dapat hari ini.

'Nanti dah dapat kerja tu, lupa aku tak?'

Jawapanya sama.

Dan hari ini masih sama macam dulu. Kadang kadang aku rasa macam aku dah buat sesuatu yang sama masa aku kat tingkatan 5 dulu.

Aku ingat lagi ayat budak tu dalam blog dia;

'Sanggup kau buat kaum kau macam ini'

Masa tu aku tak nak kalah. Sorang cakap lain sorang tulis lain. Jadi aku guna kan kuasa seantaro untuk sakit kan kaum aku. Kejam kan.

Lama lama, aku rasa peperangan tu sia sia. Buat apa nak prejudis masa dengan benda remeh. Tu yang aku belajar.

"Dont miss your bored bf/gf" - Satu baris ayat yang aku dapat sebelum dia pergi belajar dan jauh kan diri dari aku yang masih sekolah.

Dan hujung tahun 2011 adalah hari yang aku rasa semua yang berlaku sepanjang 2011 tu ramai jadi watak sampingan dan berjaya judul kan sebuah drama adoptasi novel. Tahu kenapa?

Dia baca segala cerita dalam buku yang aku coretkan dan SMS yang kiteorang borak kan. 



Monday, May 29, 2017

Winner


Pernah seseorang tanya,

"Kenapa kau buang gambar, kau delete kawan2 dalam instagram"

Sebab.

Aku tak perlukan mereka untuk ada kat dunia aku.

Same like, youre waiting for something you know wont happen.

Manusia punya macam ragam. Dia boleh ada kat macam2 pintu. Bila kata hati nak ke pintu A tapi diri berontak nak kat pintu B dan akhirnya otak nak ke pintu C tapi seorang  saje yang ubah dia, dia akan pergi ke pintu D. Kadang, dia tak ikut kehendak diri. Katanya, orang lain yang nampak kita dan nilai. Manusia.

Aku baru habis baca buku. Dan buku tu tulis.

"Aku akan bagi kau satu pelangi. Mungkin bukan sekarang tapi satu hari nanti" dan buku tu punyai puitis indah yang kau akan tersenyum seorang diri.

Dan bila tiba masanya, kau akan pergi jauh.

Sama macam impian yang kau cipta di dinding bilik. Yang kau akan tatap dan senyum dan berkata "aku akan buktikan" saban hari.

Mungkin mudah manusia berkata. Tapi mereka tak lalui apa yang kita rasa. Sama juga macam apa yang berlaku pada 15 bulan yang lepas. Kejayaan yang kau cipta hari ni seolah menang trofi emas. 

Jadi?

Aku biarkan saje apa yang manusia nak berkata. 

Friday, May 26, 2017

Thought 21:44


"Zati, jum NU Sentral"
"Jum"



"Zati, nak makan mana?"
"Kat mulut"


"Oi, nak ikut aku tak balik ni?"
"Mana?"
"KL Gateway"


"Zati, aku nak beli dadah"
"Kafein is not good okay"
"Not now zati"


"Kau rushing?"
"Tak. Asal?"
"Ampang Park weh"
"Okay"




"Apa sedap eh kak?"
"Semua sedap"


"Hokaido for the last"
"Sure fyyyy"



Terima kasih kepada member Food Hunting. Dah boleh menyimpan untuk Session 2.

Selamat Berpuasa. 

Minta maaf kepada semua.

K lah bye.

Thought 20:54

"Why do you love him?"
"He make me smile"

Who?

Someone.


Friday, May 19, 2017

Thank God

Memang Tuhan tu adil. Pergi seorang Dia ganti lebih daripada seorang.

Terima kasih.


Dialog version.

Wujudnya benda benda macam ni masa aku tengah serabut.

"....datang lah, boleh makan kentang badut"
"..iye nanti zati datang"

**********

"Zati balik ni jum coffee"
"Starbuck again?"
".... aku stress"
"Untuk kau fy semua boleh"

Duit habis.

***********

"Mesti baru balik keje kan"
"Aku dah sampai rumah"
"Tiap hari kau balik mesti buat story busking"
".... stalker"

***********

"Ni jam aku ni"
"..... pinjam lah"
"Tapi ini Baby G. Only for Baby"

***********

".... sebab awak ini saiko"

***********

"..... sebab tu dia sayang lu and nak lu juga walaupun dia ada orang lain...."

*************

"Mak kak ngah balik lambat"
"Pergi mana?"
"Makan kat kak pah"

**************

"Jum lah. Boleh makan dekat mantaya"
"Keje lah"
"Lepas ni dah tak jumpa"
"Iye. Tunggu sana kejap lagi sampai"

Nasi goreng dan milo ais.

**************

"Apesal lambat? Janji pukul berapa?"
"Eeleh zati pun dulu selalu lambat"

**************

"Masa bosan lah kau call aku"
"Iye lah masa bosan lah. Habistu?"
"Iye ahhh dulu selalu"
"Baik ah ni aku call dari tak call langsung"

Kau dah kahwin weh.

***************

".... jaga diri bebaik. Selamat malam"
"......baca doa sebelum tidur selawat mengucap semua. Selamat malam Izzati Nadiah"

******************

"Timberland is legend and Dr Martin is hipster"
"Ooooo jadi dua dua elok?"
"....pilih lah yang mana elok dengan tak elok"

*****************

"Selambe kau pakai seluar jeans pergi keje"
"Suka hati aku lah"
"Kau nak pergi mana?"

Tak. Aku nak merayau.

*******************

"..... kau makin selesa dengan diri kau hari ini. Walaupun orang salah kan kau....."

Terima kasih.

********************

"..... kau pilih untuk berkawan dengan lelaki tu tapi perempuan tu nampak kau kejar dia"

Manusia.

*********************

"... dulu pun dia buat saya macam dia buat awak sekarang"

Sebab tu awak redha dengan dia

*********************

"Boleh tak kau masuk kan aku kat tempat keje kau"
"Hanya anak jati johor saje"
"Kau kena sedar ayah aku dan ayah kau adik beradik"

**********************

"Oi datang sini boleh?"


Saturday, May 13, 2017

Wise man say

Sometimes,

'Hei Teletubies. Faster eat. I have a work to do!'
'Okay'

Kho gayi tu ye kis jahaan mein? main yahaan hoon dekh to zara.

It was easy. You were there so often. You gave me things. You cared so much. It was too easy for me to use you. You never cared when I blew you off or cheated on you. You always came back. So I kept doing it. I wanted to see how much shit I could put you through before you gave up with me.

You'll realize one day.

Good Bye.

Sunday, May 7, 2017

A long time ago



If i ever decide to give up on you, just understand how much that took out of me. Im the type to give endless chances, always have your back when youre wrong and truly accept you for who you are. When the rest of the world doesnt want you, i will. So if i ever give up on you? Understand it took everyhing i had left inside of me and care of you, there isnt anything on the this planet i wouldnt do for you. 

I forgot to remind myself not to fall in love to much and not to be so kind. I forgot to remind myself that i  not that strong to go through things like this all over again. I forgot to have some pity to my heart. I forgot to tell myself that i shouldnt be existing.

I forgot to remind myself what i do right now will hurt somebody heart. But i didnt care.

Im happy. 

Sunday, April 23, 2017

Tercapai

'Aku takut aku jatuh'

Dan sekarang kau dah jatuh. Motor rosak. Visor pecah.

'Masa jatuh benda pertama aku tengok helmet'

Dan kau berjaya capai impian yang kau cerita kan dekat aku dulu. Tahniah 🎉🎊

Dengan helmet tu aku pernah langgar barang barang dengan tak sengaja. Lagi lagi kat kedai permainan. Dan aku akan belek setiap inci mana tau ada calar. 

Tapi hari ni dalam bilik atas meja, aku tenung sayu saje.

Helmet semut putih.

Tetibe teringat balik masa kau cerita nak sangat helmet semut putih tu dan masa kita pergi beli kat KL. Betul gembira.

Monday, April 17, 2017

Thoughts 19:19

Sekarang ni aku tengah duduk tunggu seseorang sambil ditemani hujan dan sel sel otak sedang aktif berhubung.

Semua orang ada masalah dalam hidup. Dulu aku kuat bersedih kalau masalah datang. Aku salah kan diri aku salah kan semua yang ada kat keliling aku.

Aku tertanya tanya dengan diri bila aku nak gembira. Bila masalah ni nak hapus. Bila aku fikir balik apa yang aku buat dulu sebenarnya banyak ajar aku macam2 perkara.

Tengok lah aku sekarang. Masih lagi ketawa walaupun kiri kanan depan belakang semua hentam kehidupan aku. Semua tunding jari dengan apa yang aku buat.

"Anggaplah cabaran yang datang hari ni permainan yang gembirakan kau bukan bagi kau tekanan sampai kau salah kan kehidupan orang"

Ya. Itu jawapan yang aku letak dekat diri aku.

Everthing thats happening to you, is whats supposed to be happening to you. So just relax - Chris Martin 😉

So enjoy your life now, this is not rehearsal.
Start being happy.

Sunday, April 16, 2017

Thoughts 15:49

Aku bukak laptop dan mencari folder bertajuk Novel.

Rangka yang lama aku simpan dan tak berjudul.

Hari ni, aku ingat nak tatih tangan dan minda ini kembali.

Ternyata itu semua tiada makna.

Kerana,

Aku masih duduk minum milo sambil perhati sekeliling.

Banyak nya manusia bertopeng.

Huh

Wednesday, April 12, 2017

Perasan


'Muka aku sama macam Marques tak?'
'Apa yang sama? Tak sama langsung'
'Hensem oo dia ni. Aku yang lelaki cakap dia hensem'
'Hensem. Senyuman dia menawan'

Dan sambung scroll IG.

Cakap lah beribu kali tak akan sama.

😂

Thought 22:24


 Kiri dengki. Kanan lawan.
Belakang dendam. Depan belakon.

Jaga jaga, Dunia sekarang 🌏


Sunday, April 9, 2017

Tabiat,

Petang tadi,

'Apa benda yang kau buat dalam bilik petang tadi?'
'Banyak benda, siapkan baju, lipat baju, susun beg, kemas tudung'
'Tapi bilik bersepah gak'

Ntah lah, hari hari kemas bilik.

Kemas beg. Kemas kasut. Kemas tudung. Kemas baju. Kemas makeup. Kemas bantal dan patung. Kemas buku. Kemas kain kain cotton. Semua dalam satu bilik. Tapi itulah,

Segala galanya kemas dan teratur. Sampai dah bertukar tempat.

Dah terlalu kerap mengemas. Sampai bosan.

Rasa nak bukak booth nak jual semua nya, tapi sayang.

Rasanya bilik mak abah tu patut jadi bilik kak ngah kot.

😂

Saturday, April 8, 2017

Good Luck !

'Kenapa aku tak dapat apa aku nak?'
'Sebab Tuhan sayangkan kau, dia nak kau usaha lagi'

Dulu aku pun macam kau. Jatuh terduduk.
Tapi aku ingat satu ayat ini...

"Kalau kau dah hidupkan niat tu, gerak lah sampai kau jumpa garisan penamat. Orang yang putus asa ini orang yang rugi"

Dan banyak benda yang buat aku nak patah balik. Tapi penat kot nak kayuh balik padahal lagi berapa tapak saje nak ke penamat.

Macam yang aku pernah cakap.

'Kau dah mula tapi kau tak habiskan. Macam mana nak berjaya?'

Dan yang selalu kau kata;

"Biasalah tu kadang hidup ini kat bawah kadang kat atas"

Padahal takda kaitan pun dengan situasi kita masa tu.

Saturday, April 1, 2017

Kiasan

Penipuan yang paling maha dasyat yang aku perhatikan hari ini adalah penipuan untuk menjaga pihak lain biar hatinya tak terluka.

Wednesday, March 29, 2017

Buku

'Aikk tidur dah ke?'
'Yelah, dah takda buku nak baca'
'Hahaha dah pergi tidur sekarang'

Haaa rindunya nak beli dan baca buku.

😵

Saturday, March 25, 2017

Sinopsis pada 21.49

'Selama ni dia tak tau lah yang kau jumpa aku?'
'Tak tahu'
'Sampai bila kau nak tipu semua orang dalam hidup kau?'
'Sampai bila bila'

Kau boleh tipu beribu orang. Tapi dalam beribu tu akan ada yang terasa hati bila tau. Sebab apa? Sebab sayang.

Manusia bro.

Bill

'Asal follow semua kawan kawan aku?'
'Saje, takut ke?'
'Buat apa nak takut'
'Kenapa dah ada makwe baru dah ke?'
'Hahahahaha'
'Kalau nak ada makwe pastikan bukan yang aku kenal'

Makan dan sambung tengok youtube.

Tiba tiba

Your datapool blablablabla.

Belum bulan 4 lagi data dah habis.

Aku harap kali ni bill telefon tak melambung lagi.

Bayang


Kenapa korang tak hargai apa yang aku buat?









Tak bagi aku happy macam mana aku buat korang happy?









Sebenarnya korang nampak aku ke tak?

Thursday, March 23, 2017

momma


bila kau ada adik yang lain mak ayah tetiba kenal dari facebook turun ke blog lepastu jumpa setelah bertahun tahun punya rancangan. tadaaaaa~

plan ye nak pergi makan tapi tetiba tayar booom !

tapi terima kasih kepada cina kedai sebab memahami kami tak pandai apa pasal tayar.

dan terima kasih juga kepada lelaki tu sebab membantu walaupun kau ada majlis malam tu.

tapi tu lah plan tetiba kan. biasanya menjadi tetiba menjadi sekejap. tapi peduli apa, dah tau rumah boleh ah datang lagi lepas ini. kekekeke

betul ah kata kau.

"boleh tak lu bawa kereta hati-hati?"

tu pasal tayar meletup tu.

berapa tayar dah meletup kat rumah ini.

Novel

'Boleh tak nak cakap sesuatu?'
'Haa apa dia?'
'SESUATU'

Sekali kena hempok dengan bantal.

'Ingat lawak ke'

Friday, March 10, 2017

Kehadapan saudari --

Tengah berborak dalam telefon.

'Kau nak kahwin dah weh. Siapa nak dengar bedtime story aku lepasni'

'Kau bedtime story lah dengan orang tu'

'Taknak. Dia tak akan panggil aku gila macam kau. Paling tidak dia jawab dah zati jangan merepek'

'Aku tau lepas tu mesti dia suruh kau tidur kan?'

'Tahu pun'

Besok hari terakhir kau jadi bujang tratangtang. 

Jangan lah kau ulang perangai lama kau tu. Tunjuk baik sikit depan suami. Jangan berjoget pulak.

Lepasni otp 2 3 jam dah tak wujud melainkan kau kesepian. 

Kahkahkahkah

Selamat Pengantin Baru.

Monday, February 20, 2017

Human Problem.

Hi,

If you're going to stab me in the back, be smart enough to cover up the knife.

sebab tu ada istilah buat baik berpada pada and I am done here. cukup sekadar bertegur sapa dan jangan di buat musuh.

you get it?

Saturday, February 18, 2017

Memory


People change, so memory is the most beautiful thing.

So, lets keep our memory together back.

'Are you sure?'
Yes I am

Monday, February 13, 2017

Perilaku manusia

Manusia ni, sifat benci dia terhadap seseorang cepat betul merebak. Untuk kesalahan atau kesilapan kecil, kalau boleh dia ajak kebencian tu berkampung ramai ramai.

Hal yang kecil saje dia lakukan, dekat mata orang lain, dia macam pernah menghancurkan dan menyusahkan hidup kau saje dengan cara pembencian kau tu.

Ada orang, dia dah buat hal dia pun kau nak sakit hati sangat sampai nak canang cerita bukan bukan. 

Seronok ke setiap hari hidup macam tu?

Satu pencapaian ke bagi kau kalau kau boleh ajak orang ramai percaya dengan kata kata kau dan benci orang lain? 

ha ha ha. 

Appreciate your life please.

Yang dulu

Orang yang dulu kita percaya
Orang yang dulu kita kongsi cerita
Orang yang dulu kita bangga untuk ada
Orang yang dulu kita sepi tanpa dia
Orang yang dulu kita lepak sama sama
Orang yang dulu kita sayang macam gila

Orang yang dulu kita pekakkan telinga bila dimengata

Mati.
dalam sini (tuding kepala)

Untuk kamu.

Kuat kuat pun
Baik baik pun
Tuhan uji.

Tuhan ada.

Selain aku yang rindu.
Tuhan pun rindu kamu

Berdiri ye sayang.
Aku tolong.

Saturday, February 11, 2017

Kata-kata terakhir

yang paling susah adalah untuk berpura-pura bahagia tanpa kau.

yang paling susah adalah untuk senyum as if nothing ever happened.

yang paling susah adalah untuk berhenti mengucapkan kata-kata itu lagi.

dan yang paling susah sekali adalah untuk teruskan perjalanan ini tanpa each other.

Have a safe ride,
My luckless romance.

RANDOM 10

CRY AS HARD AS YOU WANT TO. BUT ALWAYS MAKE SURE, WHEN YOU STOP CRYING, YOU'LL NEVER CRY FOR THE SAME REASON AGAIN. 

Monday, February 6, 2017

Random 8

I used to believe in when you love something, you fight for them. But I learnt something in a hard way. That sometimes it's not worth it to fight for. You need to let go. Stop holding on and let go.

Biasalah tu

Tengah selak selai selai novel.

'Dulu ada lah sorang tapi dia dah pergi dah'
'Dulu ada lah sorang? Kahai. Siapa lak?? Maci***'
'Dulu tu orang yang sama. Orang tu saje yang dah ada peganti.'
'Ceeiiit memain kan! Nak kena ni'

Betul lah, manusia ni hatinya mudah berubah.

Pickup line

'Tak elok kan menceroboh, berdosa tau tak'
'Maaf pakcik, habis pakcik ceroboh hati saya boleh pulak? Tak berdosa ke?'
'Adakah ini ayat pickup line? Hahaha. Menceroboh hati awak tak salah. Hehehe'
'#siscuba'

Thursday, February 2, 2017

Dialog 1


'Zati, boleh ke panggil orang?'
'Boleh saje, orang tu kan manusia'
'Habis tu boleh ke tak panggil orang?'
'Boleh'
'Boleh ke tak boleh?'
'Tak boleh awak. Saya minta maaf ye'

Wednesday, February 1, 2017

Random 7

*Lagu radio*

satu satu aku mahu kamu
dua dua hanya kita berdua
tiga tiga bersama sama selamanya

takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku
kau dan aku

ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
jelaskanlah apa kau mahu
kan ku sedia menunggu

tetiba lagu tu berkumandang dan kita menyanyi bersama dalam kereta merah.

Monday, January 30, 2017

Random 6



"Siapa lagi kalau saya nak sayang kalau bukan adik beradik"
"Saya ada. Taknak sayang saya ke?"


Random 4

Six year ago, I choose you again after what we have been through. We were so happy. But now we are apart again. We are on our separate ways.

It's hard for me. But nothing is going to break me anymore. I am going to make myself happy and cheer myself up because that's my responsibility.

These feelings. It's going to take some time to erase the feelings. Probably it's going to stay there for a long time I don't know but life goes on.

I don't want anyone else to have your heart, kiss your lips or be in your arms.
Because that's only my place.

I hope what you mean yesterday it's from your truly heart.

Take care.

Tuesday, January 24, 2017

Bulan Satu

Dengki sesama manusia ini tak akan ada episod tamat.

'Ada satu saja cara buat korang bahagia'
'Tunggu saya mati dulu'

tunggu hujan berhenti sambil berbual kosong dan zaaaasss gerak balik rumah.

Dan itu adalah hari paling bahagia.

Terima kasih untuk satu hari itu.

😊