Monday, November 28, 2016

thank you love

"Kadang aku terfikir sendiri. Buat apa jaga hati orang lain. sedangkan hati kau senang senang orang permainkan. hah nampak bodoh"

Sunday, November 27, 2016

Mimpi

Aku pernah mimpi.
Banyak kali sampai aku nak kira memang tak dapat lah.
Mimpi yang paling aku ingat...

1. aku ada kat tempat lapang tapi bagi aku sempit. 
2. aku mimpi orang yang sama berulang ulang. 
3. kemalangan. 
4. derhaka dengan mak abah.
5. aku terjun bangunan padahal jatuh katil.
6. aku ada kat dalam air padahal nak kencing.

Aku harap malam ni aku dapat mimpi miliki sebuah rumah tapi kalau betul aku nak realisasikan mimpi tu satu hari nanti.


Boleh tak aku nak ulang balik convo aku? hm. masa tu dah lah aku kena demam campak. aku ingat jerawat rupanya pop pop. habis hilang perasaan aku nak meraikan hari bahagia Diploma aku. Walaupun selebet peduli apa sebab aku dah siap jahit sehelai baju kurung moden dengan hasil titik peluh sendiri kot.

Memang tak makeup langsung sebab gatal weh 😭 redha saje lah...

Tapi apadahal aku boleh merayau lagi malam tu dekat sungai besar dengan si buncit tu sementara nak tunggu keluarga aku sampai homestay.

Redha saje lah orang tu tidur serumah dengan keluarga aku. hahahaha 😂😂😂

Boleh tak kalau aku nak dia datang dalam mimpi aku hadiahkan aku sebiji Lancer? 

Dah lah bye

Saturday, November 26, 2016

Again.

'Berapa ringgit kena?'
'Rm180 sayang'

Kenapa murah benar sayang tu?
Kenapa?

Jangan lah buat aku macam ni.
Aku dah banyak kali tegur.
Kau dah ada pilihan yang kau pilih.

'Apa salah aku?'
'Kau takda salah. aku yang alpa'

'Manakan sama dikau yang kucinta dengan segala rasa itulah janji kita'

Aku tak pernah lupa janji kita. tapi sekarang kau yang mungkir janji. siapa yang hipokrit sekarang? 

Kau atau aku?

Satu masa

Satu perkara kau kena ingat.
Yang aku tak pernah lupa kau.
Cuma aku malas tunjuk.

Sebab bila aku tunjuk kau tak hairan.
Bukan kalah atau sengaja diam.
Tapi sedar aku bukan orang penting.
Ramai lagi orang yang kau nak bagi perhatian.

Sakit kalau ikutkan rasa ini.
Kalau aku teruskan mesti lagi binasa,
Jadi biar saje.

Pergilah beri mereka perhatian,
Rasanya aku dah tak kisah.
Peduli apatah lagi.
Goodbye.