Tuesday, December 9, 2014

deep in the dark

Semua minta untuk aku lupuskan sejarah ini di mana setiap sudut sejarah itu punya manis dan duri bisa yang tajam. Tempoh hari mimpi itu datang singgah. Deep in the dark, aku nampak senyuman dia beserta lesung pipit yang paling senang untuk aku lihat. Dan aku benci keadaan ini. Aku dah bina bangunan tersebut dengan titik peluh dan senang-senang kau hanyutkan. Apa kau ingat aku tak punya hati dan perasaan?

Soalan

Aku dah simpan sejarah ini 5 tahun lalu. Dimana aku lihat dia lebih bahagia dan mungkin juga satu hari nanti dia akan kecapi bahagia yang dia cari sejak 5 tahu lalu tanpa liku dan mungkin juga aku terkapai lemas.

Atau mungkin aku boleh bahagia juga?