Saturday, February 18, 2012

kalau aku di beri peluang ..

Assalamualaikum. kum apa kumbang. bang apa bangku. ku apa kutu. tu  apa tu tu tu... ahh merepek dah.

mula mula ai nak bagitahu terima kasih kepada kawan kawan ai yang sentiasa sokong kerjaya ai sebagai suri rumah tangga yang tahap malas nak cari kerja dan bila nak bekerja eh mimpi ke apa dan ini mendorong ai rasa bila ada niat nak cari dan ia di protes oleh hati. hahaha lol

hai perempuan dan lelaki.

kalau aku di beri peluang aku tak akan menagis untuk perkara yang remeh temeh dan membuang masa dan sia sia dan ini memang tidak masuk akal.

kalau aku di beri peluang aku akan setia pada Manchester United dan aku akan setia pada si punjangga suami seperti mana aku setia kepada Manchester United. lol

kalau aku di beri peluang untuk melancong ke Itali aku tak akan persiakan peluang emas dan berlian ini kerana ini adalah angan angan yang dari kecil lagi untuk aku tuju.

kalau aku di beri peluang sama ada Mini Cooper atau Porsche, aku akan setia pada Mini Cooper walaupun itu mungkin cita cita yang hanya dalam mimpi.

kalau aku di beri peluang menjadi seorang lelaki aku akan terkejut sebab aku ada .... HAHAHA.

kalau aku di beri peluang untuk bertemu rakan tadika yang ntah kini mana duduk dan tuju memang aku tak akan persiakan lah. ini adalah salah satu perkara yang aku nak sangat buat.

kalau aku di beri peluang untuk main salji memang aku tak akan kata Tidak.

kalau aku di beri peluang aku nak jelajah satu Malaysia dan duit di poket berkepuk kepuk tak luak dan ini memuaskan dan ini adalah perkara yang di idamkan. haha.

kalau aku di beri peluang untuk miliki Domo banyak banyak aku tak akan persiakan. kay Domo Iloveyou.

kalau aku di beri peluang untuk miliki duit yang banyak aku tak akan persiakan kerana duit itu aset penting dan ia merupakan perkara wajib yang harus aku angkut kehulur kehilir.

kalau aku di beri peluang aku tak akan buat adik adik aku menagis sebab aku. hahaha

kalau aku di beri peluang untuk jadi budak kecil yang tak tahu apa semua benda aku tak akan lepaskan peluang keemasan ini.

kalau aku di beri peluang untuk berjumpa Doraemon dan Hagemaru aku tak akan persiakan kerana kalau Doraemon boleh minta macam macam dan Hagemaru aku akan pinjam kepala botak rambut tiga helai dia tu untuk teman aku gelak gelak. haha

kalau aku di beri peluang aku nak jadi Izzati Nadiah bt Md Ismail yang berjaya. kay peace (Y)

dannnnnnnn...

kalau aku di beri peluang aku tak akan persiakan impian aku sejak kecil iaitu panjat bangunan KLCC dan tengok pemandangan sekitar Kuala Lumpur.