Wednesday, August 8, 2012

Ulang Tahun Kelahiran

Dedikasi sepenuhnya kepada Muhammad Allif Hanafi bin Mohd Hanafi.

Menemui lelaki hyperaktif.


Orang kata buat apa nak di cerita bahagia yang kita rasa. Tak gitu? Kalau ikut kalendar masihi, ini hari, hari Khamis bersamaan 9 Ogos 2012. Jadi ini tidak menjadi masalah ye. Yang memberi masalah nya sekarang ini, entri ini khas di cipta untuk Abang Alif. 

Happy Birthday to you.. Happy Birthday to yooouuuu.. Happy Birthday to Allif Hanafi.. 
Happy Birthday to yooooooooooooooouuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. 
*tiup lilin kat kek sembilan belas tingkat* sila buat nada lagu Happy Birthday
yang masa kecil kecil dulu pergi party kawan melalak lagu Happy Birthday.

Pertama sekali nak ucap Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.
Kedua sekali nak ucap Semoga kita kita cepat di ijabkabul. <-- Nampak tak tak tak tak? hehehehehe
Ketiga sekali nak ucap Semoga tidak lupa family dan kawan kawan.
Keempat kali nak ucap Semoga apa yang di ingini tercapai. Azam 2012 moga tercapai jua hendakNya.
Kelima kali nak ucap Semoga terhapus dosa kecil mahupun besarmu yang lalu.
Yang terakhir kali nak ucap Semoga dapat makan ayam dan ikan dan sayur dengan baik selepas ini. 

Berbekal kan gambar pertama yang di ambil tahun 2011 yang mula memberi titik permulaan.
Terima kasih dan Selamat Ulang Tahun sayang. I Love You.

Kehadapan lelaki budiman,

Berbekalkan relationship yang sudah menjangkau ke angkau 2 tahun 9 bulan 3 hari ini banyak memberi kesan infiniti kepada kami. Kamu yang berbaju hitam tolong jangan kembang hidung sepertimana si kekasih kamu lakukan. Ketawa bersama menangis bersama ku harap kita mati pun bersama. Pastikan setiap detik momen kita di ingati selalu walaupun sedang enak di buai mimpi Sang Ratu Tebuan. Kamu semesti memang lelaki kegemaran. Sampai kapan pun. Rahsia ini telah lama aku pendam. Zati sayang Alif. *Hulur tangan berjabat tangan*

Nadiah Ismail

Rahsia ini telah lama aku pendamkan. Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias kita tak terlepas dari terkena tempias. Bila dunia seolah tak memahami, kau sudi selami, dalami dan mengalami. Setia mendengar setiasa hadir. Ingat setiap ulangtahu, setiap hari lahir. Tiba pagi syawal kaulah yang terawal. Syawal yang terakhir ini pasti kau rasa janggal.



Selamat Ulang Tahun yang ke 19 Allif Hanafi ! May Allah bless you in your single breath. Sayang Alif ! 

Thursday, May 10, 2012

kau apa tahu .....

Aku ada seperkara penting. mungkin masa kini tidak. tapi yang pasti tangan aku dah calar kena dawai besi. perit. berdarah tadi. tapi aku gagahkan diri. aku kan kuat. bak kata alif sambil tunjuk satu penumbuk buat gaya dan bercakap 'tapi saya kuat' menandakan dia memerli aku tahap dewa muka selambe.


Nama dia Boboi. dia memang famous. kalau aku sendirian di dalam bilik mengadap laptop, dia datang sendiri tanpa mengetuk pintu. aku terpingga lantas aku berborak kosong bersama boboi. ini kalau mak aku baca ni konfem dia kata anak dia gila. cehwaaaaa....

nama Boboi juga famous bila aku lepak dengan Alif. selalu berbahas bahas. ada satu ketika masa di Sunway bulan satu haritu, aku lepak dengan dia kat jambatan yang alaa kalau orang tengah sengkek tengok sunway lagoon dari jauh pun takpe. hak hak hak.

"sebenarnya kucing dengan harimau satu spisis"
"alif, tengok tu orang tu bagi harimau makan"

ekekekekeleleleh. punya lah excited habis. memang ada pasang angan angan tinggi gunung kinabalu nak masuk sunway lagoon and lastly... yeayyyyyyyyyyyy ~


okay lah lupakan cerita atas tuu. Ada seperkara penting lagi untuk di beritahu. hua hua hua.

Think positive. Be positive.

Wednesday, May 2, 2012

Kau dan Aku.


Untuk hari ini aku dah menonton Ombak Rindu sebanyak dua kali. Kau bayangkan dua kali. Belum sepuluh kali. elek ah kan. dalam diam aku boleh hafal dialog dialog aaron aziz tu. maya karin tu. eh silap silap. ayat tuan hariz tu. ayat izzah tu. haa baru drastik ulalalala.

Dah dua hari aku skip jumpa alif hanafi. aku tahu dia rindu tahap tak boleh nak kawal perasaan dia sampai aku rasa kena cepat ini cepat ini. tak boleh lelama kat sini. gua pun rindu dia ini. menangis dalam hati. konon kebal ah hati. buuuuu :P

Kalau tengok pada keadaan, di sri petaling sedang mengalami hujan turun tanpa henti. kalau aku sejuk sweater askar lanun milik alif hanafi ada di tangan gua. Jaket kulit ke? eh tah lah. tapi jaket kesayangan dia pun ada di tangan gua. dan gua rasa macam seronok ah pulak simpan barang kau bebanyak ni alif. hehehe.

"Alif kentut eh? eee busuk ye"
"agak agak ah. Zati yang kentut"

okay okay. kalau kentut memang takda siapa nak mengaku. kau tak ngaku kan alif? aku pun tak nak ngaku. kalau sendawa urghhh tu memang aku tak dapat nak cover line baik punya. terus aje kau kata "senonoh lah sikit" aku senyum. ahh peduli apa. kenyang punya pasal. hak hak hak.

Satu faktor utama yang betul buat aku rasa Batman Nagini aku ni buncit tapi tak nak ngaku ialah makan.

Dan tak lama kemudian beliau akan membalas segala amarah dengki nya adalah.....

Dan akhir sekali, pasti nya kau akan merindui saat aku makan sampai licin beseri pinggan dan cawan milo ais kan. tapi tak bermakna semua tu kenyang. kennot kennot. ada kala sampai nak minta sepinggan lagi tapi taknak. tahan nafsu makan. kawal kawal. lek lek. sabar sabar. hak hak hak.

Tapi peduli kan. kekejaman ada di mana mana. ada kala sedang ketawa bahak bahak bahak, terdengar sayup sayup suara memanggil "gemok" "izat" "buncit" haa memacam ragam gaya aksi silat gayung minta cubitan bisa dari ular nagini saiz lapan puluh lapan kali seribu darab seratus total darab lagi sampai kau rasa itu banyak dari segala banyak.

Dan yang pasti kalau kau buat muka jambu yang ala ala buah jambu yang aku selalu makan dalam bilik taruk serbuk asam tu gua ranti lu akan tarik muka lepas tu lu akan terus tarik tanpa henti dan buat muka ala ala adik gua si Aiman yang lu kata macam angelina tu dan lu buat muka ala ala muka bibir menganga dan seterus nya lu akan terus di humban dengan suara yang nyaring pekik melolong. la la la hak hak hak.

Dan yang lagi pasti yang betul betul mengharu kan perasaan gua adalah, barang gua barang lu juga. barang lu barang gua juga. ada sampai gua rasa macam nak menangis apabila barang ini tetiba hilang dan lu kata nak ganti kan? okay okay gua tunggu. gua tunggu bro. gua tunggu abang long. angah tunggu ni long. ha ha ha.

Saat akhir gua peluk bantal rama rama tu saat di mana lu sedang terbongkang tidur di dalam kereta dan saat aku sedang menunggu kau bangun dari lena dan saat itu kita baru balik berjalan di Midvalley ala ala kangkung konon nak tengok Battleship alih alih gua dapat seksa macam mana saat gua nak tengok Star Wars dulu. puihh sedih gua weh. sedih. ha ha ha.


Dan yang pasti saya, Izzati Nadiah yang kau ejek lari macam penguin ini sayang sama lu Muhammad Allif Hanafi yang lari macam itik. Opss sorry alif. serious tak sengaja. Sampai terbatuk batuk. nak cover gelak punya pasal sampai tersembur. Apa kau kata Alif? Senonoh sikit. Okay lepas ini zati senonoh.

Assalamualaikum ;')

Wednesday, April 25, 2012

Edisi Tiada Tajuk

Sengaja tak letak tajuk.
Sebab bila takde tajuk, rasa misteri.
*Lagu Bawa Kau Pergi berkumandang.

Hari ini aku dapat coki coki lapan batang.


Kalau ikut harga adalah dalam RM2.40 habis untuk lapan batang.
Tapi sebab dia cool, dia kata "because I love you, I give you coki coki"
Aku tepingga. Macam mimpi pun ada.
Memang sah dia suruh aku tembam kan pipi.

Sehari sebelum tu.

Di Restoran Mirasa Sri Petaling.

Sedang aku duduk bersandar di kerusi.
Aku toleh sebelah kanan. Ada dia mengadap laptop pujaan.


Satu laman sesawang dot com di terjah.
Aku seolah tertarik untuk bermain ask ask ini.

Dia taip soalan "siapa sebelah aku"
Si sesawang dot com menjawab "Izzati Nadiah"
Aku yang excited terkejut habis.
Macam di setting tapi itu semua dusta.
Aku protes habis habis.

Lagi sekali dia taip soalan.
"Siapa teman Izzati Nadiah?"
Si sesawang dot com menjawab "Dia ada bf lain"
Aku terkejut lantas aku protes sekali lagi.

Tak puas hati itu punca utama.
Lantas dia menaip untuk yang terakhir.
"Izzati ada berapa bf?"
Ingin aku ketahui. Lantas ini menimbulkan konflik.
Si sesawang dot com menjawab "Dua boyfriend dalam satu masa"
Lalu aku terdiam dan aku diam diam diam.

Marah.

Terkejut.

Tapi peduli apa. Aku tak percaya.
Mencari jawapan setiba di rumah.

Akhir nya aku tertipu.
Biadap punya Si sesawang dot com.

Bila aku tahu aku kena tipu.
Lantas aku cari dia.

Sah dia kena bebel dengan aku.
Tapi peduli apa. Asal aku puas.
Pandai kau Allif Hanafi.

Sebab kan sesawang, spoil hari aku.
Terima kasih lah wahai pencipta sesawang.
Gua solutee luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

Dalam hari yang sama. Tapi waktu dan masa yang berbeza.
"Zati, nak jumpa Allif tak?"
Lantas aku jawab "Nak !"

Tak lama kemudian.

"Pandai dia kena kan orang eh !"
Dia ketawa. Aku ketawa.
Yang pasti kali ini aku kena game.

Terima kasih ye Allif Hanafi kerana sesawang aku balik jalan kaki -,-'

Saturday, February 18, 2012

kalau aku di beri peluang ..

Assalamualaikum. kum apa kumbang. bang apa bangku. ku apa kutu. tu  apa tu tu tu... ahh merepek dah.

mula mula ai nak bagitahu terima kasih kepada kawan kawan ai yang sentiasa sokong kerjaya ai sebagai suri rumah tangga yang tahap malas nak cari kerja dan bila nak bekerja eh mimpi ke apa dan ini mendorong ai rasa bila ada niat nak cari dan ia di protes oleh hati. hahaha lol

hai perempuan dan lelaki.

kalau aku di beri peluang aku tak akan menagis untuk perkara yang remeh temeh dan membuang masa dan sia sia dan ini memang tidak masuk akal.

kalau aku di beri peluang aku akan setia pada Manchester United dan aku akan setia pada si punjangga suami seperti mana aku setia kepada Manchester United. lol

kalau aku di beri peluang untuk melancong ke Itali aku tak akan persiakan peluang emas dan berlian ini kerana ini adalah angan angan yang dari kecil lagi untuk aku tuju.

kalau aku di beri peluang sama ada Mini Cooper atau Porsche, aku akan setia pada Mini Cooper walaupun itu mungkin cita cita yang hanya dalam mimpi.

kalau aku di beri peluang menjadi seorang lelaki aku akan terkejut sebab aku ada .... HAHAHA.

kalau aku di beri peluang untuk bertemu rakan tadika yang ntah kini mana duduk dan tuju memang aku tak akan persiakan lah. ini adalah salah satu perkara yang aku nak sangat buat.

kalau aku di beri peluang untuk main salji memang aku tak akan kata Tidak.

kalau aku di beri peluang aku nak jelajah satu Malaysia dan duit di poket berkepuk kepuk tak luak dan ini memuaskan dan ini adalah perkara yang di idamkan. haha.

kalau aku di beri peluang untuk miliki Domo banyak banyak aku tak akan persiakan. kay Domo Iloveyou.

kalau aku di beri peluang untuk miliki duit yang banyak aku tak akan persiakan kerana duit itu aset penting dan ia merupakan perkara wajib yang harus aku angkut kehulur kehilir.

kalau aku di beri peluang aku tak akan buat adik adik aku menagis sebab aku. hahaha

kalau aku di beri peluang untuk jadi budak kecil yang tak tahu apa semua benda aku tak akan lepaskan peluang keemasan ini.

kalau aku di beri peluang untuk berjumpa Doraemon dan Hagemaru aku tak akan persiakan kerana kalau Doraemon boleh minta macam macam dan Hagemaru aku akan pinjam kepala botak rambut tiga helai dia tu untuk teman aku gelak gelak. haha

kalau aku di beri peluang aku nak jadi Izzati Nadiah bt Md Ismail yang berjaya. kay peace (Y)

dannnnnnnn...

kalau aku di beri peluang aku tak akan persiakan impian aku sejak kecil iaitu panjat bangunan KLCC dan tengok pemandangan sekitar Kuala Lumpur.