Saturday, November 6, 2010

Today is our memories ♥

6 November 2010 - Sabtu or Today

Hari ini genap hubungan saya dengan dia Setahun. Yeayyyyyyyyyyyyyy !
Hari ini saya berjalan dengan dia pergi KLCC. Yeayyyyyyyyyyyyyyyy !
Hari ini saya dapat gelang tangan dari dia. Yeayyyyyyyyyyy! *Pendek nya Yeayy aku.


Hari ini dia kata Dia Sayang Saya. Yessssssss !
Hari ini dia kata Dia Cinta Saya. Yessssssssssssssssss!
Hari ini dia kata Dia nak saya selalu dengan dia. Hehehehehehe. 

---------------------------------------FullStop--------------------------------------- 

saya kan tak sangka. Hahahaha. Releks lah dulu.

Sebenarnya kan saya suka baca text dia atau dengar dia cakap ''Tak sabar betul nak tunggu''

Like seriously. Saya yang jadi mangsa. Kalau berdepan dengan dia saya terpaksa menanggung sakit di pipi.
Kalau setakat baca text dia, saya kena melayan dia seolah bagi kata semangat Ye sayaaaaaaaaang. Hahaha.

Hari ini kan. Saya bahagia sangat dengan dia. Tak caya? Tanya dia macam mana reaksi saya masa saya dengan dia duduk bawah pondok dekat KLCC. hahahaha.

Asyik saya aje kena buli. Betul. Tak tipu. Dia ejek saya selamba mangkok ayun dia je. Saya diam je lah. Sebab nya kalau saya balas karang, saya tak sampai hati tengok dia diam mendagu pandang depan tak layan saya. Kalau bab tu lah yang menyusahkan saya.

 

Masa gambar ini nak di captured. Saya tahan gelak sekuat nya. Betul. Saya kena buli dengan dia. Dia tak cukup kacau saya dekat Taman KLCC. Saya tolak dia sikit. Dia tolak saya sepuluhkaliganda double nya. Kurang asam lah dia ini. Bila saya diri tegak je. Dia ajuk nya apa saya buat. Fuhhh.

Tapi saya tetap menang juga kalau bab berjalan ini. Hahaha. Gelak jahat. Dia cepat sangat ajak saya duduk. Bosan lah duduk. Itu lah ayat spontan selamba ayun aje saya kata depan dia sambil buat muka cebeeek. Hahaha. Terus aje saya tarik tangan dia sekuat hati ajak dia jalan. Dia diam aje. Saya yang gelabah takut kena cubit.

Ada satu babak ini. Saya tarik hidung dia. Tak aci lah kan kalau asyik saya aje yang kena cubit. Cannot cannot. Hahaha. Tanpa rasa segan dan silu, saya dengan serta merta mencubit hidung beliau dengan penuh rasa geram dan lega. Dia meronta menyuruh saya lepaskan tapi saya eleeeek je. Segeeh macam orang takda perasaan. Lepastu bila saya lepas kan tangan saya dari hidung dia tu, dia usik-usik hidung dia. Lepastu dia HUH dekat saya. Hahaha. Lagi saya ketawa terbahak-bahak.

Beberapa minit kemudian, dia mencuba untuk membalas balik apa saya buat dekat dia sebentar tadi. Dengan selamba mangkuk ayun, dia tarik hidung saya dengan sekuat hati. Ntah apa best nya tarik hidung. Boleh keluar ulat resdung eh? Kalau macam tu boleh buat tiap masa. Tapi mana ada pun. Ishhh. Meronta minta lepas kan tangan dari hidung. Tapi dia eleeek je. Saya dah geram dah masa tu. Dia lepaskan tangan, Ambiiiiiik kau. Merah hidung aku. Dia apa lagi ketawa terbahak-bahak macam nak minta kaki aku je masa tu. Tapi relekss dulu. Ada lagi chaaan nak kena kan dia. Itu yang duk berlegar dalam kepala otak ini. Hahaha.

Mu tahu tidaaak. Bila saya kata nak balik dia boleh releks kata Tak Boleh. Aihh. Mengeluh saya masa tu. Dia ajak pergi makan sebelum balik. Memang sah. Dia sengaja bagi aku balik lambat. Lesing karang. Masa perjalanan nak pergi makan tu. Alaa kedai makan pun area rumah je. Releks je lah. Saya boleh bantai tidur dalam kereta dia yang berona merah tu. Kalau dia selekoh je kepala saya terhantuk kat cermin tingkap. Kesian kan.

Saya terjaga dari tidur bila dia isi minyak dekat BTS. Terjaga je sebab dia berhenti kan kereta. Tutup enjin kereta. Dia bukak pintu tempat saya duduk. Dan dia tolak saya ketepi menandakan dia nak duduk. Puas dia ejek saya. Dia kata saya tidur comel. Lepastu dia boleh sindir saya. Dia kata Orang bawa kereta sesorang. Dia bantai tidur. Orang pasang lagu sekuat nya. Dia boleh tidur dengan lena. Saya senyum je lah. Lepastu dia cubit pipi saya. Ntah apa masalah nya pipi saya ini. Senget sebelah pipi aku ini. Huh.

Lepastu isi minyak. Pergi makan. Lepastu, dia hantar saya balik. Lepastu sebelum saya tidur. Seperti biasa. Dia mesej dan saya balas. Seolah dia dapat tebak apa yang ada dalam hati saya sekarang ini. Baru jumpa sebentar tadi. Saya dah rindu dia. Seriously. Memang saya rindu dia. Dia pun rindu saya. Hehehe.

Malam tu saya ungkit apa yang saya tak puas hati sepanjang hari dengan dia dekat KLCC tadi. Dia pun sibok sama ungkit. Mula lah sesama geram dan akhir nya HAHAHAHA. Kita orang jarang sekali gaduh. Gaduh? Dia lah selalu pujuk. Pujuk? Saya tak pernah pujuk dia. Sebab tu dia selalu kata saya ni Tak sayang dia. Hahaha.

Eh awak. Saya Sayang Awak.

Tolong eh. Saya Sayang Awak.

Awak selalu janji dengan saya Awak tak akan tinggalkan saya.

Itu janji awak kan? Saya pun sama berjanji dengan awak juga.

 Pegang janji kita sesama eh awak. Hmmm ;'>



Lagi sekali. Saya Sayang Awak. Emmmmmuah ;'*