Sunday, June 11, 2017

Nine

"Roti canai dua bungkus"

Itu yang aku dengar dari tempat duduk. Perjalanan tidak jauh. Roti itu untuk aku yang lapar.

******************

"Dah kenyang"
"Buat perangai tak habiskan"

Itu lah perangai aku yang tak suka habiskan makanan. Terlalu kerap kena marah tapi hanya sia sia. Aku menangis.

"Habiskan, lepastu tidur"

Aku turutkan tapi tetap tak habis. Roti itu dibiarkan di bawah tudung saji untuk hidangan pagi esok.

******************

Tv dibuka. Cerita Mr Bean sedang ditayangkan. Aku tersandar di sofa akibat kekeyangan makan roti canai. Tiba tiba...

"Sayang. Boleh tidur tak?"

Aku menyahut dengan berkata sekejap lagi.

*******************

Manusia itu datang dengan muka marah. Pantang katanya siapa yang tidak dengar kata. Lantas dia menutup siaran dan suruh masuk bilik dan tidur.

Beralaskan lengan dan aku tidur. Itu bantal yang paling lena abad ini. Di buai mimpi sehingga pagi.

Kami subuh berjemaah.

*******************

"Hari ni kita pergi rumah mak ye?"
"Nak bawa apa?"
"Mak kata nak buat makan2"
"Baiklah"

Aku siap dengan pakaian abadi aku dan tudung bawal. Katanya dia suka lihat aku bertudung bawal. 

Kami gerak ke destinasi yang dituju. Perak.

*********************

Suasana cukup meriah. Di penuhi sanak saudara. Ada yang sedang makan. Sedang karaoke. Sedang bergosip. Sedang memanggang.

Aku?

Masih lagi sendiri dan cuba sedaya upaya untuk sesuaikan diri.

"Akak, jum makan"
"Akak dah makan dah. Pergi lah ambil makanan, makan kat sini"

Itu lah sebaris ayat pertama yang aku luahkan pada sedara yang bukan sebaya aku. Masih menuntut lagi.

Dia datang bawa makanan dan air. Bukan untuk seorang tetapi untuk di makan dua.

Aku masih baru di keluarga ini. Tidak kenal sesiapa lagi. Janggal.